Seorang maut, dua koma Kelisa langgar pokok
SIBU: Seorang maut dan dua tidak sedar diri dalam kejadian kemalangan kendiri melanggar pokok di tepi jalan di Salim Stabau pagi tadi.
Mangsa yang disahkan maut ialah Christina Umie ak Jalin serta mangsa parah tidak sedarkan diri Gelim ak Jalin dan Chester Daniele ak Terence Daniele.
Ketika kejadian kenderaan jenis Perodua Kelisa terbabas melanggar pokok di tepi jalan sebelun terbalik ke arah parit jalan.
Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan kepada pihak perubatan.
Manakala, dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi sebelum ketibaan pasukan bomba.
Komander operasi melaporkan menerima panggilan jam 11.22 pagi serta menghantar anggota dai Balai Bomba Sibu ke tempat kejadian.
"Mangsa dikeluarkan dalam tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM. Bomba seterusnya membuat pemeriksaan bagi memastikan keadaan kembali selamat," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya, setelah keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari.