Tenaga buruh naik 15.83 juta orang

PUTRAJAYA: Kadar penyertaan tenaga buruh pada bulan November 2019 naik 0.1 peratus kepada 68.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata angka itu juga meningkat 0.4 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2018 iaitu 68.4 peratus. 

Katanya bilangan tenaga buruh pada November 2019 pula meningkat 2.4 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya kepada 15.83 juta orang. 

"Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.5 peratus kepada 15.32 juta orang," katanya.

Mohd Uzir berkata kadar pengangguran kekal 3.2 peratus bagi dua bulan berturut-turut melibatkan jumlah penganggur sebanyak 513,900 orang. - Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel