2 kes PUI baharu, 92 negatif dan 7 menunggu

KUCHING: Dua kes baharu orang yang disyaki (PUI) Covid -19 dilaporkan di Sarawak setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, satu kes masing-masing direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Miri melibatkan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai kes terkumpul sebanyak 99 kes dari 10 Januari hingga semalam. 

Majoriti 76 kes adalah warga Malaysia, 20 warga China dan masing-masing satu kes Thailand, Indonesia dan Kanada.

Bagaimanapun 92 telah diuji negatif dan hanya tujuh yang masih menunggu hasil daripada ujian makmal.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, Jabatan Kesihatan telah menyaring 11,761 ketibaan di pintu masuk darat dan laut.

Jumlah keseluruhan ialah 131, 292 sejak 1 Februari tahun ini.
LihatTutupKomentar
Cancel