Pemberhentian pekerja, LBU tiada pilihan
KUCHING: Keputusan memberhentikan kakitangan keputusan yang paling sukar terpaksa dibuat pengurusan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan model PDP.
LBU dalam kenyataan berkata, kesejahteraan pekerja menjadi kebimbangan utama pengurusan meskipun kakitangan telah diberi faedah pampasan untuk membantu mengekalkan dan membantu meringankan beban para kakitangan sementara mereka mencari pekerjaan baru.
"Kami melengkapkan Telok Melano ke Sematan pada awal Januari tahun lepas, diikuti Jalan Nyabau ke Jalan Bakun.
"Program bantuan pekerja untuk mempersiapkan kakitangan yang terjejas telah dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia," katanya,
Beliau berkata, untuk membantu kakitangan mendapatkan pekerjaan, Jabatan Sumber Manusia juga telah memberi masa kepada kakitangan untuk menghadiri temuduga.
Koordinator Pemantauan Pembinaan, Izman Khairi berkata, bekerja di LBU memberi peluang untuk menyumbang tenaga dan idea sepanjang kemajuan kerja untuk projek mega.
Menurutnya, mereka berasa bangga untuk meninggalkan warisan Pan Borneo Highway Sarawak dengan semua pencapaian yang tidak dapat dilupakan.
"Terima kasih LBU untuk semua yang kami lakukan setakat ini dan selamat maju jaya kepada semua orang," kata Eksekutif Pembelian, Shandrayah Kadir.