Juruwang dakwa ditipu, setahun tunggu kelas memandu
SIBU: Seorang juruwang wanita mengalami kerugian RM1,303 apabila mendakwa ditipu seorang tenaga pengajar sekolah memandu berhubung perkhidmatan lesen memandu yang tidak wujud.
Suspek didakwa memperdayakan pengadu untuk menyerahkan wang bagi mendapatkan lesen memandu yang tidak wujud.
Pada Febuari 2019, mangsa telah pergi ke sebuah Institut memandu untuk mencari tenaga pengajar yang boleh membantu pengadu untuk mendapatkan latihan memandu kelas D.
Pada masa yang sama, mangsa telah berjumpa dengan saspek seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai tenaga pengajar di Institut Memandu tersebut.
Saspek telah menawarkan perkhidmatan untuk membantu mendapatkan lesen kelas D dimana meminta mangsa membuat bayaran kepadanya bagi tujuan tersebut.
Sekitar Febuari 2019 sehingga Jun 2019 mangsa telah membuat bayaran secara tunai kepada saspek.
Mangsa juga telah membayar keseluruhan berjumlah RM1303 kepada saspek bagi membantu mendapatkan lesen kelas D.
Pengadu menyedari ditipu setelah menunggu tempoh 1 tahun dan lesen perkhidmatan latihan memandu yang dijanjikan oleh saspek tidak diperolehi oleh pengadu.