Anwar sambut ulangtahun perkahwinan


Duka Anwar belum dapat jadi PM terubat terima ucapan romantis Wan Azizah sempena ulang tahun perkahwinan ke-40


“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” - Wan Azizah

DALAM ramai-ramai ahli politik di Malaysia, tidak dinafikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim antara paling bertuah.

Pernah mencatat sejarah sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri pertama meringkuk dalam penjara dan turut disiasat beberapa kali atas dakwaan terlibat dalam kes video sumbang termasuk mengadakan hubungan sejenis dan seks dengan wanita warga China.
Bukan sekali dipenjara tetapi tiga kali membabitkan dakwaan penuh kontroversi  iaitu satu penyalahgunaan kuasa dan dua lagi kes didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Melihat dakwaan disabitkan ini, isteri mana yang boleh sabar, setia dan taat kepada sang suami 100 peratus?.
Tetapi lelaki bernama Anwar Ibrahim cukup bertuah mendapat isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang begitu setia dan percaya terhadapnya, bahkan berdiri teguh di belakangnya pada saat susah dan senang sehingga kini.

Wan Azizah yang mesra disapa Kak Wan mendirikan rumahtangga bersama Anwar pada 26 Februari 1980.
Ini bermakna semalam (Rabu), genaplah  40 tahun bahtera rumahtangga dilayari oleh pasangan suami isteri yang masing-masing pernah mencatat sejarah memegang jawatan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Hasil perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Ketika keadaan negara sedang bergolak susulan kemelut politik ketika ini, kesetiaan dan sayang Wan Azizah kepada Anwar masih tidak pudar.

Ia terserlah ketika sambutan ulang tahun perkahwinan ke-40 mereka, apabila Ahli Parlimen Pandan itu sempat menitip ucapan penuh romantik buat suami tercinta menerusi hantaran ringkas di akaun rasmi Twitter miliknya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.

“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis beliau di catatan Twitter.


Catatan Wan Azizah ini mendapat komen pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang memberi komen 'nakal' tetapi majoriti mengucapkan tahniah atas sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Antara yang memberi komen 'nakal' ialah pengikut bernama lovelydarshan yang meninggalkan komen berbunyi, "Tahniah YB. Walau bagaimanapun sila kawal YB Suami. Beliau nakal, perempuan Cina, lelaki jambu menjadi kegilaan beliau. Terkini, lelaki berjambang pula".

Pengikut bernama Maria Bean Hertorgh pula memberi komen positif berkata, "D sebalik Kegemilangan seseorg tu ada soulmatenya : utk DSAI Wan Azizahnya n utk TunM, TunHasmahnya, moga kasih sayang & kebhgiaan DSWA berkekalan sehingga ke jannah. Selamat ulangtahun perkahwinan DSWA n DSAI. Moga mndpt rahmat & perlindungan Allah snt😍".

Dalam pada itu, Anwar turut mengambil kesempatan menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat isterinya menerusi laman Facebook beserta hantaran gambar mereka berdua memotong kek dengan hashtag #duniaakhirat #tilljannah. 

Hantaran berkenaan menerima ribuan tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.

Antaranya, Mohd Hafizi Hasan meninggalkan ucapan, "Happy Anniversary, moga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki berpanjangan dan dikurniakan insan2 yg baik dalam kehidupan, andai jalan hidup penuh dengan liku ujian, teruskanlah langkah,air dilautpun ada pasang dan surut, inikan pula kehidupan pasti banyak ujiannya,jangan jadikan ujian yang mengahalang segala-galanya, tetapi ingatlah pengalaman telah mendewasakan kita..".

Namun, ada juga mempertikaikan kesetiaan Wan Azizah terhadap suami seperti Rosa Bibi yang bertanya, "From the gesture of kak Wan in this photo, it clearly shows that Kak Wan really really love and treasure Datuk Seri the true leader of Malaysian. Betulkah?"

Komen Rosa Bibi dijawab Meor Naim Mkz yang berkata, "Rosa Bibi obviously, while DSAI was in prison, she took the helm and steadfast strongly against BN to ensure her husband's freedom. She went from street to street and through all available platform to realise her wish. And when he was finally pardon, she smiled a lot more and always there with her husband. She is a great wife, mother, grandmother and leader respected amongst all."

Apa-apa pun Gagodaily sendiri ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-40 buat pasangan ini. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


LihatTutupKomentar
Cancel