Dadah bernilai RM21,960 dirampas


KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak merampas dadah bernilai RM 21,960.

Dadah yang dirampas ialah ketamin dengan berat 78 gram bernilai RM 11,700,syabu berat 50 gram berjumlah RM 7,500 dan pil ecstacy 40 biji berjumlah RM 2,760.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJNK)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Superintendan Tumar  Lunya berkata, dua suspek seorang lelaki dan wanita berusia 21 dan 28 tahun yang merupakan penganggur berjaya diberkas dalam serbuan jam 2.40 tengah hari semalam.

"Bertindak atas maklumat 
sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak telah 
menahan seorang lelaki di tepi kereta jenis Perodua Myvi bertempat di tempat letak kereta di sebuah kediaman di Galacity, Jalan Tun Jugah.


"Hasil penahanan terhadap lelaki terbabit dia telah menyerahkan satu bekas 
plastik warna hitam bertulis 'Hammer' yang diambil dari kompartmen bawah stereng kereta dan menyerahkan kepada pasukan serbuan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemeriksaan lanjut dalam bekas tersebut menjumpai 17 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan putih disyaki dadah jenis Ketamin berat kasar 8 gram, satupaket plastik lutsinar berisi 18 biji pil pelbagai warna yang disyaki dadah 
jenis ecstasy dengan berat kasar 6 gram.


"Susulan daripada tangkapan terbabit pasukan serbuan dengan dipandu arah oleh suspek telah pergi ke kediamannya di Galacity, Jalan Tun Jugah.

"Hasil pemeriksaan di bilik tidur pertama telah menjumpai satu bekas plastik bertutup di dalam laci almari dalam bilik terbabit.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bekas plastik bertutup itu mendapati ia mengandungi 34 paket plastik lutsinar berisi serbuk warna putih disyaki dadah jenis ketamin berat kasar 70 gram, satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat kasar 50 gram,
satu paket plastik lutsinar berisi 28 biji pil pelbagai warna disyaki dadah jenis 
ecstasy berat kasar 10 gram,"katanya.

Beliau berkata,seorang perempuan turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam 
kegiatan dadah itu di lobi sebuah kediaman di Galacity.

"Kedua-dua suspek  telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis Amphetamine,
Methamphetamine, Ketamine dan Benzo. 

"Mereka akan ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel