DAP Marudi semai kebencian


MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Pengguang Manggil menempelak DAP Cawangan Marudi yang menyemai politik negatif dan kebencian.

Beliau yang juga Adun Marudi mempersoalkan kenyataan DAP Marudi yang mendakwa apa dilakukan Kerajaan GPS terutamanya Adun GPS adalah semata-mata janji pilihan raya.
Menurutnya, DAP membangkitkan isu kecil di media sosial dan media cetak terutama pembangunan projek yang dilaksanakan.

"Saya ingin menjemput Pengerusi DAP  Cawangan Marudi mengumpul gambar-gambar Bandar Marudi dan sekitarnya sebelum PRN11 dan bandingkan dengan Marudi seperti sekarang. 
"Adakah ini janji pilihan? Siapa yang merancang dan memastikan bahawa semua projek-projek ini bernilai ratus juta, dilaksanakan untuk faedah rakyat di N76 dan Baram secara keseluruhan. 

"Kami tidak boleh menafikan bahawa mungkin terdapat kelewatan dalam pelaksanaan yang diluar jangkaan.
"Saya sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada rakyat. Ini bukan janji, tetapi apa yang dilakukan untuk meringankan taraf hidup mereka," katanya.

Beliau mencabar pengerusi DAP Marudi supaya memberitahu apa yang tidak betul dilakukannya berdasarkan ideologi atau agenda DAP.

Menurutnya, bagi DAP ia sangat mudah iaitu mengkritik setiap langkah apa yang dilakukan wakil rakyat GPS.

"Sebagai wakil rakyat untuk Marudi, saya merasakan bahawa ia adalah satu penghormatan untuk membantu orang kita sendiri.

"Ia sangat mudah bagi DAP untuk mengkritik apa yang dilakukan Kerajaan GPS.

"Mereka harus bertanya pada diri sendiri apa yang mereka lakukan untuk membantu Marudi atau N76, dan bukan hanya menggulas dan menghina setiap langkah yang dilakukan oleh wakil rakyat.

"Cuma berjalan kaki di bandar Marudi, dan  buat apa yang telah saya lakukan dalam tempoh 3 tahun 8 bulan sebagai wakil rakyat untuk Marudi," katanya.

Mengenai projek-projek yang dilaksanakan, ia bukan kerana janji pilihan raya tetapi berdasarkan perancangan serta kehendak dan keperluan majoriti rakyat bukan suatu pembaziran seperti diperkatakan DAP.

Beliau mendesak Pengerusi DAP Marudi  menganjurkan Tow Hall dan membentangkan rancangan serta wawasan untuk Marudi.

"Saya akan lebih bersedia berdepan antara sama lain untuk wacana profesional jika dia benar-benar ikhlas dan mempunyai pelan yang lebih baik.

"Saya juga ingin meminta rekod yang dilakukannya atau apa dan siapa dia sebelum menjadi Pengerusi DAP Marudi," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel