Projek Jalan SMK Kwong Hua Sg Sadit mudahkan pergerakan pelajar
SIBU: Projek Jalan SMK Kwong Hua Sg Sadit memberi manfaat kepada pelajar dan penduduk tempatan.
Menurut kenyataan JKR Bahagian Sibu, ianya merupakan projek naik taraf infrastruktur yang di laksanakan di Dun Bawang Assan, Sibu.
Katanya, jalan berturap sepanjang 195 meter ini memberi kemudahan kepada guru, murid-murid sekolah dan penduduk setempat sebagai medium penghubung ke blok akademik dan dewan sekolah.
"Dengan penyiapan projek ini, ianya akan membantu perkembangan sosio ekonomi dan pendidikan di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Dun Bawang Assan," katanya.