Raikan perpaduan meriahkan perayaan



LUBOK ANTU:, Semua kaum harus mengamalkan budaya bertoleransi, saling hormat-menghormati serta saling melengkapi kerana ia asas perpaduan di negeri ini. 

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang berkata, keunikan dan kelebihan itu perlu dipertahankan demi kepentingan bersama. 

"Inilah amalan budaya kepelbagaian dan nilai ini sewajarnya terus dipertahankan. Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh melingkari keharmonian dengan melatari semangat toleransi dalam kerukunan memperkukuhkan persefahaman sebagai teras dan asas perpaduan.

"Perpaduan dalam kepelbagaian itu turut dicerminkan dalam festival perayaan-perayaan kaum yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum berkenaan," katanya. 
Beliau berkata demikian semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Tua Pek Kong Engkilili sempena Chap Goh Meh (Tahun Baru Cina) 2020, kelmarin. 

Jugah berkata, meskipun berlainan kepercayaan, kebudayaan dan keturunan, rakyat sentiasa hidup aman dan sejahtera meraikan sesuatu perayaan

Pada masa sama katanya, ia amat penting kerana ia adalah kunci ke arah kestabilan politik dan pembangunan ekonomi, justeru, marilah kita bersama-sama mengekalkan kesejahteraan sedia ada.

"Sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu yang dipilih, sudah pastinya saya akan memperjuangkan semua keperluan dan hak rakyat di sini selari dengan aspirasi kerajaan persekutuan yang mahu melihat pembangunan di luar bandar bergerak seiringan dengan pembangunan di bandar," tegasnya. 

Ujarnya, inilah amalan budaya kepelbagaian dan nilai ini sewajarnya terus dipertahankan. 

" Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh melingkari keharmonian dengan melatari semangat toleransi dalam kerukunan memperkukuhkan persefahaman sebagai teras dan asas perpaduan.

"Perpaduan dalam kepelbagaian itu turut dicerminkan dalam festival perayaan-perayaan kaum yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum berkenaan," tambah beliau. 

Beliau berkata, semangat permuafakatan ini tidak harus terhad kepada hari perayaan sahaja, sebaliknya harus diterapkan dalam kehidupan seharian agar keamanan dan kestabilan negeri Sarawak terus kukuh dengan keunikan rakyat berbilang kaum.

"Kita meraikan kepelbagaian yang saya yakin menjadi pemangkin yang tidak ternilai harganya dalam membina Malaysia baharu yang bertamadun dan harmoni," kata Jugah. 

Sempena majlis itu, Jugah turut menyumbangkan geran sebanyak RM10,000 kepada Engkilili Chinese Temple Charitable Trust Board, RM5000 Persatuan Teo-Chew komuniti Cina, RM10, 000 Persatuan Penganut Dewa Yi Bong Thai Thi, RM5000 Tokong Cina Marup dan RM3000 kepada JKKK Komuniti Cina Jelukong, Engkelili.

Turut hadir di Majlis tersebut makan malam tersebut Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Jim Andrew Janggi, Pegawai Bomba Sri Aman Gemong Batu, Ketua Masyarakat dan lebih 1000 penduduk dari sekitar Pekan Engkilili.


LihatTutupKomentar
Cancel