Dua pelancong biadap Eropah sesat di Semenggok


SEMENGGOK:Dua pelancong dari Eropah dilaporkan hilang di Semenggok Wildlife Centre, Batu 12, Jalan Kuching-Serian hari ini.

Kedua-dua mangsa masuk ke Semenggok Wildlife Centre pada jam 8 pagi tadi menggunakan Grab.

 Disebabkan tidak mempunyai tiket, pihak Semenggok Wildlife Centre telah mengarahkan kedua-dua mangsa untuk keluar kerana tidak mempunyai tiket. 

Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mangsa dan pekerja Semenggok Wildlife Centre semasa mengarahkan mangsa beredar, atas bantuan dari pelancong lain yang berada di dalam Semenggok Wildlife Centre kedua-dua mangsa, telah diberikan wang untuk kegunaan membeli tiket.

Sebaik sahaja selesai waktu melawat pada jam 4.30 petang ini kedua-dua mangsa tidak keluar dari kawasan Semenggoh Wildlife Centre. 

Menurut pekerja di Semenggok Wildlife Centre, kedua-dua mangsa tidak memberikan kerjasama dengan tidak menulis nama di buku kemasukan di kaunter tiket Semenggok Wildlife semasa kehadiran mereka.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 5.40 petang.

"Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan terima panggilan menyatakan terdapat dua pelancong dari Eropah telah hilang di Semenggok Wildlife,"katanya di sini, hari ini.

Katanya,anggota BBP Siburan telah diarahkan untuk respon kes dan juga mendapatkan maklumat. 

"Unit Pengesan K9 Bomba juga telah dimaklumkan berkenaan kes ini,"jelasnya.
LihatTutupKomentar

3 Komentar

Cancel