Gulung jerami MADA hangus

KANGAR, 26 Feb -- Lokasi terkenal dengan gulung jerami milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis di Bukit Cenderawasih Jalan Lintasan Kangar, yang selama ini menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan gambar kenangan berlatar belakangkan sawah padi, dilaporkan terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Ruhisha Haris berkata kebakaran yang berlaku menyebabkan tapak seluas 20 x 30 meter yang menempatkan 20 gulung jerami  itu musnah.
"Pasukan bomba menggunakan satu aliran 'hosereel' untuk memadam kebakaran," katanya menerusi ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt  Wari Kiew, mengesahkan kejadian tersebut dan meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat mengenai kejadian tersebut.
“Kita tidak pasti punca kejadian sama ada kes khianat ataupun faktor lain . sehubungan dengan itu mereka yang mempunyai maklumat diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar atau balai polis terdekat, bagi membantu polis memulakan sisatan,” katanya.
 Sementara itu, Pengurus Wilayah 1, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis , Zairizal Zainon berkata  jumlah kerugian dianggarkan bernilai lebih RM5,000.
"MADA telah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran," katanya.

- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel