Hospital Miri perketat lawatan pelawat

MIRI: Kawalan pintu masuk Hospital Miri diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran menangani wabak koronavirus.

Sehubungan itu, pelawat yang memegang pas pelawat sahaja dibenarkan memasuki kawasan aras satu berkuat kuasa serta merta.

Aras satu menempatkan wad pesakit lelaki dan wanita, wad bersalin selain bilik pembedahan. 

Pengurusan Hospital Miri menerusi satu notis berkata, kawalan ke atas pelawat yang memasuki aras satu berkuat kuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut.

Orang awam diminta memberikan kerjasama dan mematuhi arahan  pengawal keselamatan bagi menggelak sebarang kesulitan.
LihatTutupKomentar
Cancel