Kereta terbakar selepas langgar pokok


MIRI: Seorang wanita warga Brunei nyaris maut apabila kenderaan dipandu terbakar selepas melanggar pokok.

Mangsa dalam perjalanan dari Brunei ke Miri terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Baram Bypass, berhampiran dengan stesen minyak di Permyjaya kira-kira jam 11 malam tadi.

Bagaimanapun wanita berusia 35 tahun tersebut sempat keluar sebelum kereta Kia Sorento terbakar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kederaan mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan masuk ke pembahagi tengah jalan sebelum melanggar pokok.

"Akibat daripada itu, kenderaan mangsa terus terbakar di tempat kejadian.

"Mmanakala mangsa sempat menyelamatkan diri keluar dari kenderaan tersebut dengan bantuan orang awam dan terus di rujuk ke hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.
LihatTutupKomentar
Cancel