Kes pertama disyaki Covid-19 di Kapit


KUCHING: Hospital Kapit melaporkan kes pertama pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 hari ini.

Mangsa adalah lelaki berusia 28 tahun serta pernah bekerja di Singapura.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, satu kes di Kapit antara lima kes baharu PUI yang dicatatkan di Sarawak semalam.

“Tiga dicatatkan di Hospital Bintulu dan satu kes Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 107 kes PUI dicatatkan di Sarawak sejak 10 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, 99 disahkan negatif Covid-19 sementara lapan lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

Katanya, seorang warga China antara lapan yang masih menunggu keputusan ujian darah apabila ditahan di Hospital Bintulu.

Jabatan Kesihatan telah memeriksa 11,534 pelawat di pelbagai pintu masuk udara, darat dan laut di negeri ini setakat 11 pagi pada Khamis.

Ini menjadikan sejumlah 152,473 pelawat ke negeri ini diperiksa sejak 1 Februari lalu.
LihatTutupKomentar
Cancel