Sorok RM61,868 hasil jual dadah dalam stor

BINTULU: Seorang lelaki meraih pendapatan lumayan sebanyak RM61,868 hasil jualan dadah sejak tahun lalu.

Bagaimanapun,aktiviti lelaki berusia 50 tahun itu terbongkar setelah ditahan di kawasan pasar lama Bintulu kerana berada dalam keadaan mencurigakan semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata,penahan itu membawa serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Bintulu di sebuah rumah di Taman Bukit Orang sekitar jam 12.20 tengah hari semalam. 

"Suspek menyorok wang tunai hasil jualan dadah di bilik stor kediamannya," katanya dalam kenyataan satu kenyataan hari ini. 

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan turut menemui dadah jenis syabu seberat 19 gram bernilai RM3,000 dalam rumah suspek.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine. 

"Suspek ditahan reman selama tiga hari di lokap balai polis Bintulu bagi membantu siasatan," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel