Manyin bidas Guan Eng
SERIAN 21 Feb: Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi tidak bersetuju dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang RM1 bilion juta dibayar kerajaan Sarawak bagi membaik pulih sekolah daif di negeri ini adalah milik kerajaan pusat.
Menterinya, Datuk Sri Michael Manyin Jawong berkata demikian kerana semua negeri di Malaysia perlu berhutang dengan kerajaan pusat dan ada jadual pembayarannya dengan kerajaan pusat.
"Jadi kalau kita membayar mengikut jadual itu dan tidak memberi mereka sebanyak RM1 bilion ( bagi membaik pulih sekolah daif di Sarawak), kita boleh mendapat RM40 juta tahun ini dari segi pulangan faedah (bunga)nya,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega 2020, di pekan Serian di sini, hari ini.
Manyin berkata kerajaan Sarawak sebaliknya membayar hutang terbabit dalam jumlah besar tanpa mengikut jadual pembayaran itu semata-mata mahu wang terbabit bagi membaik pulih sekolah usang di negeri ini.
"Jadi jangan mengatakan ia (wang RM1 bilion) adalah milik kerajaan pusat, itu adalah hak kita (Sarawak) dan hutang dengan kerajaan pusat yang perlu dibayar mengikut jadual,"katanya.
Beliau disamping itu juga mempertahankan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Joharui Tun Openg sebelum ini yang sehingga hari ini, belum ada satu sekolah usang di Sarawak sudah dibaiki.
Katanya ini walaupun kerajaan negeri sudahpun membayar sebanyak RM700 juta dari RM1 bilion terbabit kepada kerajaan pusat bagi tujuan membaiki sekolah usang di negeri ini.
tamat
keterangan gambar:
1. Datuk Sri Michael Manyin Jawong
2. Orang ramai yang terbabit dengan Gotong-Royong Mega 2020, di pekan Serian di sini, hari ini.