Ladang sawit jadi lokasi simpan burung terlindung
SRI AMAN: Taktik menjadikan rumah kongsi yang terletak di ladang sawit sebagai tempat pengumpulan pelbagai jenis haiwan terlindung terbongkar melalui serbuan di sebuah rumah kongsi Harn Len Pelita Bengunan di Kilometer 35 Jalan Sri Aman-Serian awal pagi tadi.
Dalam serbuan jam 5 pagi itu,Cawangan Risik Kompeni C Sri Aman Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation ( SFC ) dan Jabatan Imigresen Bahagian Sri Aman merampas 19 ekor burung yang terdiri daripada 17 ekor burung murai dan dua ekor burung tiong.
Kesemua spesis terlindung
tersebut dianggarkan bernilai RM15,200.
diletakkan di sebuah rumah kongsi yang tidak berpenghuni di situ
Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superitendan Sanudin Md Isa berkata,kesemua haiwan terlindung tersebut dijual kepada orang tengah yang akan bertindak membawa haiwan tersebut ke negara jiran.
"Tiada pemilik tampil ketika operasi dilakukan,kesemua haiwan tersebut telah dirampas dan ditahan di bawah kesalahan Seksyen 29 Sarawak Wildlife Protection Ordinance 1998 yang mana boleh membawa hukuman denda RM 10,000 dan penjara selama satu tahun jika sabit kesalahan,"ujarnya.
Beliau berkata,semua rampasan haiwan terlindung berkenaan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation Cawangan Sri Aman untuk tindakan lanjut.