Lima lagi saspek kes baharu Covid-19 di HUS
KUCHING: Lima lagi kes baharu pesakit disyaki (PUI) Covid -19 dilaporkan di Hospital Umum Sarawak hari ini.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, semua kes PUI yang dilaporkan membabitkan rakyat tempatan.
Menurutnya, kes terkumpul di Sarawak kepada 97 kes sejak 10 Januari sehingga hari ini.
"Daripada jumlah itu, didapati 74 kes melibatkan rakyat Malaysia manakala 20 warga China dan masing-masing seorang warga Thailand, Indonesia dan Kanada," katanya.
Sementara itu katanya, sejumlah 92 kes diuji disahkan negatif manakala lima lagi masih menunggu keputusan makmal.
Katanya, Jabatan Kesihatan Sarawak menyaring lebih 6,000 pelawat di pintu masuk menerusi jalan darat dan laut di negeri ini setakat semalam.