Memilih, menilai barisan kabinet baru : Doa untuk Tun
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Pelbagai pihak menyuarakan pendapat agar Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membuat penilaian dan pemilihan yang bijak dalam membentuk kerajaan baru.
Tetapi secara tersiratnya di sebalik kemelut politik, Tun ingin menunjuk contoh kepada rakyat bahawa pemimpin yang baik adalah pemimpin yang ikhlas, mengutamakan rakyat berbanding agenda parti atau diri sendiri.
Tun menunjukkan dirinya sebagai contoh menunai janji akan berundur, sanggup berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan parti demi rakyat
Belajar daripada kesilapan lalu, pemilihan yang salah boleh membawa petaka kepada tanah air.
Kurang dua tahun dibawah pimpinan Pakatan Harapan rakyat menyaksikan bagaimana agenda lama parti pemimpin menjadi keutamaan hak rakyat diketepi, janji dikhianati, campur tangan dalam kuasa perundangan dan kebebasan bersuara media.
Rakyat sudah serik dibawah pemimpin
yang tamak, perasuah, menggunakan kedudukan dan jawatan bagi mengaut kekayaan diri keluarga dan kroni.
Rakyat juga menolak pemimpin chauvinist, kiasu, sengaja melanggar kontrak sosial, memburukkan negara di mata dunia, menipu, manipulasi fakta untuk kepentingan diri, pengfitnah, penghasut, penyokong pengganas, kumpulan radikal subversif, rasis dan liberal.
Ibarat peribahasa Melayu, seperti kacang lupakan kulit, begitulah pemimpin lantikan Tun sebelum ini.
Mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa mereka memerintah adalah daripada mandat yang diberikan oleh majoriti rakyat yang mahukan perubahan.
Namun setelah mereka ditolak kembali, barulah terhegeh-hegeh mendakwa mereka hendak menunaikan janji yqng telah diberikan mandat.
Mereka bersikap hipokrit, sedangkan janji 100 hari pun masih tidak ditunaikan walau setelah dua tahun.
Seperti kata melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Tindakan Tun meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu jelas tersiratnya kekecewaan Tun terhadap gabungan yang Tun sendiri dalam keadaan usianya yang lanjut sanggup meninggalkan waktu rehat bersama keluarga untuk bersama rakyat berkempen ke seluruh ceruk rantau dengan harapam akan mengubah landskap politik negara.
Nampaknya DYMM YDPA sedang memberikan peluang kedua kepada Tum untuk memperbetulkan kepincangan dan kemungkaran yang berlaku.
Pilihlah baik-baik kabinet baru Tun jangan terima nasihat yang salah.
Sikap hipokrit, tidak jujur, ikhlas dan Amanah, DAP dan Pakatan Harapan jelas apabila sebelum ini mereka asyik mendesak Tun menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Tetapi sekarang sudah berbeza nada menyatakan sokongan penuh dan mahukan Tun sebagai PM seterusnya.
Melayu kata ada udang di sebalik batu.
Kini DAP mewar warkan bahawa mereka tidak mahu menghampakan harapan mandat rakyat.
Kura-kura dalam perahu pura-pura tidak tahu?
Majoriti rakyat penyokong mereka sendiri telah menolak mereka malah sinonim terkenal digelar pakatan hancing. Fakta kekalahan besar PH di Tanjung Piai tidak boleh dinafikan.
Nasihat penulis kepada Tun, janganlah pisang berbuah dua kali.
DYMM YDPA telah pun menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus tepung tidak rosak.
Ini peluang Tun memilih kerajaan baru yang terdiri dari mereka yang cinta kan negara, yang ikhlas dan tidak mementingkan diri, yang menghormati Perlembagaan, memahaminya serta bertindak atas keluhuran undang undang, yang setia kepada Raja dan negara.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersabarlah tunggulah sinar cahaya harapan baru dan doakanlah semoga tun diberi petunjuk membuat pilihan terbaik.