Miri terbakar lagi, nadai kelibat bombardier
MIRI: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tanah gambut di Kuala Baram yang memasuki hari ketiga hari ini.
Ketua JBPM Zon 6 Miri Law Poh Kiong, setakat jam 11.30 tadi, kebakaran telah menjejaskan kira-kira 700 ekar dengan hanya 33 ekar berjaya dipadamkan.
“Walaupun menggunakan pesawat Bombardier, api tetap tidak padam kerana ia melibatkan belukar yang tebal selepas beberapa tahun tidak terbakar.”
“Angin yang bertiup kencang 16km/sejam selain cuaca kering menyebabkan kebakaran cepat merebak. Fire break yang ada semua ditembusi kepala api,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau menambah, turut menyukarkan operasi pemadaman ialah kawasan lapang yang terlalu luas hampir 2000 hektar bagi kedua-dua tanah lot 3711 & 3393.
“Kerap kali anggota bomba lari keluar dari kepungan api dan asap tebal. Ketiadaan pemetakan fire break yang sesuai menyukarkan kenderaan bomba masuk untuk pemadaman awal dan pantas.”
Katanya, akses hanya menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi bahagian dalam dan tepi jalanraya untuk jentera.
“Paras air dalam fire break masih rendah kerana ketiadaan hujan lebih seminggu,” kata Law.
Menurutnya, saban tahun kawasan ini terbakar menyebabkan jerebu dan menjejaskan penduduk khususnya di kawasan Senadin dan Baram.
Setakat petang ini, kawasan terjejas berjerebu dengan pengelihatan dua kilometer.
Saban tahun juga pihak bomba berhadapan dengan situasi yang mencabar untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Katanya, ketiadaan pengawasan dari empunya tanah menyebabkan kawasan ini mudah dicerobohi.
“Tugas empunya tanah adalah untuk mengawal tanah sendiri. Respon pasukan respons kecemasan (ERT) pemilik tanah pun tidak mencukupi. Sekiranya berlaku kebakaran pada hujung minggu atau cuti umum, sukar untuk dapatkan bantuan daripada mereka.”
Katanya, walaupun pembinaan fire break dan akses jalan dan penubuhan ERT memerlukan kos yang besar, namun ia penting untuk membantu usaha memadamkan kebakaran dengan cepat.
Beliau mencadangkan agar kawasan itu dibangunkan segera bagi menggelakkan tumbuhan hidup semula dengan subur selepas kebakaran.
“Usahakan tanah yang luas tanaman cash crop kerana jika ada cash crop ia memang terkawal. Atau kembalikan ke habitat asal tanah paya seperti asalnya iaitu berair dan penuh dengann tumbuhan bakau dan paya,” katanya.
Sementara itu operasi pemadaman hari ini melibatkan 43 orang terdiri daripada 25 anggota dan pegawai dan pasukan Naim.
Ringkasan operasi setakat hari ini:
Operasi pemadaman 1: masih diteruskan dengan menggunakan 1 unit pam angkut, 1 aliran 400 kaki 3 nozel dan air dari Check Dam berdekatan PTK.
Pasukan pemadam 2 : menggunakan Water Tanker Primemover 20,000 liter untuk memadam kebakaran sepanjang ditepi jalan Kuala Baram menuju ke Curtin Universiti.
Pasukan Pemadaman 3, BBP Miri membuat pemadaman kebakaran di kawasan berdekatan traffic light simpang empat ke jambatan Asean menggunakan 1 unit pam angkut 600 kaki dan 2 nozel, air dari Check Dam berdekatan.
Pihak Naim menggunakan 1 unit pam angkut 1 aliran 600 kaki 2 Nozel untuk memadamkan kepala api.
Jengkaut sebanyak 2 unit dikerahkan untuk membuat dan membuka jalan di Fire Break di Lot 3711.