UTM juara debat terbuka kemanusiaan 2020
KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Malaysia(UTM) menjuarai pertandingan debat terbuka kemanusiaan 2020 yang diadakan di dewan DeTAR Putra,Universiti Malaysia Sarawak(Unimas),di sini malam tadi.
Tempat kedua dimenangi Universiti Teknologi Petronas(UTP) manakala tempat ketiga dimenangi Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam.
Pendebat terbaik liga dimenangi Muhammad Ilham Hafiz Azmi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) manakala pendebat terbaik pertandingan akhir dimenangi Shafiqah Adibah Amirudin (UiTM Shah Alam)
Berucap di majlis itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berharap penglibatan pelajar IPT yang merupakan golongan
belia dalam aktiviti-aktiviti ilmiah seperti itu dapat menambahkan satu
pengalaman baru serta menggilap bakat yang ada dalam diri.
"Saya juga yakin pertandingan debat ini dapat mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, sekali gus dapat memenuhi
kriteria mahasiswa-mahasiswa abad ke-21.
"Kita sedia maklum, perdebatan merupakan satu platform yang sangat
baik untuk membentuk golongan belia yang lebih cakna dengan isu-isu
semasa serta mengukuhkan nilai kemahiran insaniah dalam diri mereka,"katanya.
Beliau percaya seorang pendebat adalah seorang individu yang mampu
berfikir dengan relevan ke atas sesuatu isu dengan melihat dari pelbagai
sudut.