18 Ahli Parlimen GPS menghadap Yang Di-Pertuan Agong



KUALA LUMPUR : 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini berada di Istana Negara di Jalan Duta di sini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Seramai 18 Ahli Parlimen GPS itu antara 
kesemua 221 Ahli Parlimen yang hadir untukmenghadiri sesi temubual secara peribadi dengan Yang Di-Pertuan Agong bagi pemilihan bagi mengisi jawatan kosong Menteri Kabinet Persekutuan yang baharu susulan perletakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Kehadiran 18 Ahli Parlimen GPS itu disahkan oleh seorang Setiausaha Akhbar kepada seorang Ahli Parlimen GPS melalui Whatsapp kepada Gagodaily pada petang ini.

"Semua dah di istana. All...cuma GPS," katanya ringkas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika ada Ahli Parlimen Sarawak daripada Pakatan Harapan hadir sama sesi temubual itu.

Namun, seorang Setiausaha Akhbar kepada salah seorang Ahli Parlimen PKR sempat menjawab mesej dihantar Gogodaily melalui Whatsapp yang tidak menafikan kemungkinan Ahli-Ahli Parlimen daripada kumpulan Pakatan Harapan turut hadir sama.

" Possibly..nothing much i can say," jawabnya .


Berikut ialah senarai kesemua Ahli Parlimen Sarawak yang sepatutnya hadir menghadapYang Di-Pertuan Agong :


P.193 SANTUBONG
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

P.194 PETRA JAYA
Datuk Seri Fadillah Yusof (PBB)

P.197 KOTA SAMARAHAN
Rubiah Wang (PBB)

P.199 SERIAN
Datuk Seri Richard Riot Jaem (SUPP)

P.200 BATANG SADONG
Datuk Seri Nancy Shukri (PBB)

P.201 BATANG LUPAR
Datuk Seri Rohani Abdul Karim (PBB)

P.202 SRI AMAN
Datuk Masir Kujat (PRS)

P.204 BETONG
Robert Lawson Chuat (PBB)

P.206 TANJONG MANIS
Yusof Abdul Wahab (PBB)

P.207 IGAN
Ahmad Johnie Zawawi (PBB)

P.210 KANOWIT
Datuk Aaron Ago Dagang (PRS)

P.213 MUKAH
Hanifah Hajar Taib (PBB)

P.215 KAPIT
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

P.216 HULU RAJANG
Datuk Wilson Ugak Kumbong (PRS)

P.217 BINTULU
Datuk Seri Tiong King Sing (PDP)

P.218 SIBUTI
Lukanisman Awang Sauni (PBB)

P.220 BARAM
Anyi Ngau (PDP)

P.221 LIMBANG
Hasbi Habibollah (PBB)


PAKATAN HARAPAN
Democratic Action Party ( DAP )

P.198 PUNCAK BORNEO
Willie Mongin

P.205 SARATOK
Ali Biju

P.214 SELANGAU
Baru Bian


BEBAS

P.203 LUBOK ANTU
Jugah Muyang

P.209 JULAU
Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien


Semalam, buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula hari ini dan esok.

Kesemua 221 Ahli Parlimen itu akan menzahirkan siapakah calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dalam sesi temubual secara peribadi.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua Ahli Parlimen akan dibahagikan kepada dua sesi temubual dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan pertama, kata beliau, akan diadakan pada hari ini bermula pukul 2.30 petang di Istana Negara.

Sementara selebihnya akan disambung esok dan proses temubual akan diadakan sendiri oleh baginda dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali.



LihatTutupKomentar
Cancel