Pemuda mati angkara dendam
KUCHING: 'Aku tau kau' yang memecahkan kereta aku dolok, demikian kata suspek sebelum meninggalkan mangsa yang ditikam awal pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut, mangsa Abang Hisalihin Bahthika, 31 tahun meninggal dunia akibat luka kesan tikaman di rusuk kiri di tepi lot kedai RPR Fasa 2, Batu Kawa.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dibunuh oleh kenalan sendiri yang membonceng motosikal bersamanya selepas selesai minum di lokasi kejadian untuk menuju ke MJC.
"Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan pembonceng telah menyelak bajunya lalu mengeluarkan sesuatu objek tajam sebelum bertindak menikam mangsa di hadapannya beberapa kali.
"Akibat daripada itu mangsa dilihat telah terjatuh daripada motosikal dan dipercayai meninggal dunia di lokasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), Kuching Sarawak, hari ini.
Suspek Moses Manju Anak Verghese berusia 25 tahun telah dikenal pasti dan sedang diburu.
Katanya, beberapa saksi yang berada di lokasi semasa kejadian turut tampil bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
Susulan itu, katanya kejadian dipercayai berpunca kerana si mati sebelumnya dikatakan telah memecahkan cermin kereta suspek.
Berikut kronologi kes, seorang saksi telah sampai kedai kopi “Warung Singgah Santai” pada jam 3 pagi tadi.
Dia mendakwa ternampak Moses Manju (saspek) dan 'T "(Orang awam yang juga merupakan saksi) berada duduk di meja makan.
Moses telah mengajak saksi lepak bersama-sama di kedai kopi.
Lebih kurang 30 minit kemudian, saksi nampak mangsa ( Abang Hisalihin Bahthika) atau dipanggil Thika datang menaiki motosikal seorang diri.
Moses telah memanggil mangsa (Thika) dan kemudiaan mangsa menghampiri mereka dengan motosikal.
Saspek telah tanya mangsa hendak ke mana dan mangsa jawab mahu balik.
Saspek telah mengajak mangsa untuk ke MJC dan mangsa bersetuju.
Saspek kemudiannnya telah membonceng motosikal mangsa.
Lebih kurang 30 meter dari kedudukan saksi, saksi nampak saspek menarik baju di bahagian belakang kirinya dan mengeluarkan sebilah pisau dan terus tikam di bahagian sebelah kiri mangsa.
Mangsa nampak sarung pisau di pinggang saspek.
Disebabkan takut, saksi kemudian terus lari ke arah kawannya yang berada kedai selang beberapa kedai dari tempat kejadian.
Pada masa yang sama saksi ada menoleh ke bahagian belakang dan nampak saspek berlari ke arah keretanya yang diletakkan bertentangan dengan kedai itu.
Saksi bersama dua lagi saksi yang berada di kedai itu terus menuju ke mangsa yang kelihatan berdiri bersandar di tiang warung sambil meletak tangan di pinggang sebelah kiri.
Mangsa kelihatan dalam keadaan kesakitan dan terbaring di tempat kejadian.
Pada masa itu saksi nampak Moses menaiki keretanya lalu menghampiri mangsa yang terbaring.
Saksi pertama terus menuju ke motosikalnya yang parkir tidak jauh dari tempat kejadian untuk balik akibat ketakutan melihat kejadian itu.
Seorang daripada saksi mendakwa mendengar Moses sebut "Aku Tau kau yang memecahkan kereta aku dolok," sebelum saspek beredar dari tempat kejadian.