Pengkhianatan kepada rakyat-Abang Zulkifli
SIMANGGANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batang Lupar menganggap desas-desus gabungan baharu bagi membentuk kerajaan persekutuan melalui pintu belakang sebagai pengkhianatan kepada aspirasi rakyat.
Ketua Cabangnya, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, usia kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu yang belum lagi mencapai usia dua tahun selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah disabotaj oleh pihak berkepentingan yang jelas menolak perubahan kepada sistem yang lebih telus dan baik iaitu melalui pilihan raya.
“Apa yang berlaku pasti akan menjadi sejarah hitam kepada sejarah politik negara, apabila hasrat rakyat yang mahukan perubahan digagalkan oleh tindakan beberapa ahli parlimen kleptokrasi yang gila kuasa dengan cubaan mewujudkan kerajaan pintu belakang.
“Lebih mengecewakan ialah tindakan Baru Bian, Ali Biju dan Willie Mongin meninggalkan PKR untuk bersama menubuhkan blok bebas yang ternyata satu pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan rakyat Sarawak,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau pasti pengkhianat itu akan dihukum oleh rakyat yang memberi mandat.
"Sebagai ahli parti yang telah lama berjuang bersama mereka dan menganggap mereka sebagai pejuang saya merasa sangat kecewa.
"Kemenangan mereka adalah atas tiket PKR. Sepatutnya mereka mengembalikan semula kepada parti dan rakyat,"ujarnya
Sehubungan itu,beliau mencabar mereka meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen masing masing untuk memberi mandat kepada rakyat menbuat pemlilihan