RM9 juta gerak aktiviti belia
KOTA SAMARAHAN:Sejumlah RM9 juta diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menggerakkan aktiviti membabitkan belia di Sarawak.
Ahli Parlimen Kota Samarahan,Rubiah Wang berkata, penyaluran peruntukkan bagi program keusahawanan itu bertujuan menggalakkan belia terlibat dalam program keusahawan.
"Dengan adanya program seumpama ini dapat menghindarkan golongan belia terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan Ke-37 Peringkat Bahagian Samarahan di halaman Samarahan,di sini, hari ini.
Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena program tersebut meliputi sukaneka,aktiviti sukan dan ceramah yang menjurus penglibatan belia.
Katanya,walaupun ancaman dadah belum serius di Sarawak langkah menanganinya mesti dimulakan di peringkat awal.
"Penyalahgunaan dadah yang menjadi musuh nombor satu negara merupakan perkara serius yang boleh merosakkan masa depan negara.
"Pada masa ini banyak dadah jenis sintetik seperti syabu, ecstacy dan sebagainya sangat mudah diperoleh,"ujarnya.
Katanya,jika tidak dibendung secara serius gejala itu akan merosakkan masa depan negara.