Rugi RM263,189 angkara topeng muka
SIBU: Warga Singapura mengalami kerugian RM263,189 angkara sindiket Macau Scam berhubung tempahan topeng muka.
Mangsa telah membuat tempahan 20,000 kotak topeng dengan harga SD 88,000 (RM263,189) daripada sindiket berkenaan.
Bagaimanapun, topeng muka yang digunakan untuk pelindung wabak Covid-19 sehingga sekarang masih belum diterima mangsa di Singapura.
Kronologi kes, mangsa menghubungi rakannya yang juga pengendali farmasi di Sibu pada 9 Februari lalu.
Mangsa menghubungi pemilik farmasi berusia 36 tahun tersebut untuk meminta bantuan mendapatkan stok topeng muka.
Pemilik farmasi kemudian menghebahkan menerusi facebook untuk mendapatkan stok topeng berkenaan.
Pemilik farmasi menerima panggilan daripada seorang lelakin bernama Hesti Seah Tat yang menyatakan mempunyai stok topeng dengan harga SD14 setiap kotak (RM41.87).
Dia kemudian membuat tempahan 20,000 kotak dengan harga SD 88,000 (RM263,189) daripada Hesti.
Pemilik farmasi meminta mangsa memasukkan wang ke akaun suspek.
Bagaimanapun sehingga sekarang mangsa masih belum menerima topeng yang ditempah daripada suspek.
Pemilik farmasi membuat laporan laporan polis di Sibu manakala mangsa memnuat laporan di Singapura berhubung penipuan tersebut.