Topeng muka, farmasi kena kompaun

KUCHING:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Sarawak mengeluarkan kompaun kepada sebuah farmasi di bandaraya Kuchig kerana menjual topeng muka melebihi harga kawalan.

Aduan mengenai perkara itu diterima
daripada orang awam jam 3.50 petang semalam.

 Ketua Pegawai Penguatkuasanya,Mohd Hanizam Kechek berkata,farmasi berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

"Farmasi itu didapati menjual topeng muka jenis N95 melebihi harga kawalan RM6 seunit yang telah ditetapkan oleh kementerian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kes diambil tindakan di bawah Sekyen 11, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal selain harga mengikut harga maksimum runcit yang ditentukan.

Beliau berkata,kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah didalam situasi orang ramai memakainya sebagai langkah keselamatan dan pencegahan dari wabak Novel Coronovirus (2019-nCoV) di negara ini.

"Bagi individu yang melanggar peruntukan akta ini boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tigatahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat pula mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,"katanya.

Beliau berkata,jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan penguatkuasaan topeng muka sebagai barang kawalan dan barang harga terkawal pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian.

Aduan boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan KPDNHEP Sarawak dengan menghubungi talian 082-466012 bagi kes di Kuching,Sri Aman 082-323836,Sarikei 084-657751,Sibu 084-335622,Kapit 084-799678,Mukah 085-412862, Bintulu 086-332176,Miri 085-412862 dan Limbang/Lawas085-217414.
LihatTutupKomentar
Cancel