Sarawak mohon kerajaan Pusat bantu tingkat pembangunan sektor pertanian
PUTRAJAYA : Sarawak mahu kerajaan Pusat membantu meningkatkan pembangunan sektor pertanian di Bumi Kenyalang.
Hasrat itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-136 di sini hari ini.
Menurut Awang Tengah, antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah isu pasaran sektor pemakanan yang menjadi keutamaan kerajaan negeri.
"Antara fokus kerajaan negeri adalah pembangunan sektor agrikultur dan akuakultur.
"Dua isu ini kita turut kita bincangkan di peringkat Pusat," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed.
Awang Tengah berkata, dalam mesyuarat itu, Sarawak turut memohon agar kerajaan Pusat menyediakan tapak pemprosesan dan pengeluaran makanan halal serta kawasan 'agropark' untuk menyokong industri tersebut.
Tambahnya, Sarawak juga akan memberi fokus kepada aktiviti ladang pintar yang diyakini mampu meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran.