Sarawak United masih buru pemain import
Sarawak United FC (SUFC) akan menguji beberapa lagi pemain import untuk menguatkan jentera dalam siangan Liga Premiere 2020.
Ketua Jurulatih SUFC, E. Elavarasan berkata dia belum berpuas hati dengan prestasi pemain import yang diturunkan pada aksi menengang skuad Liga Super, Melaka United.
Menurutnya Sarawak masih mencari beberapa oemain import asing kerana import yang sedia ada belum menepati kriteria.
"Hanya Patrick Ronaldinho yang sah menyertai kita. Dalam tempoh dua minggu ini, beberapa lagi calon import akan menjalani ujian," katanya.
Pada aksi makam Ahad lalu, Sarawak United dibelasah 1-4 dalam aksi tersebut.
Ia adalah kekalahan keempat Sarawak United dalam aksi persahabatan, selepas tewas 5-0 kepada PDRM, tewas 4-1 kepada Perak dan tumbang 2-1 kepada Kuala Lumpur.
Beliau menegaskan, pihaknya perlu mencari dua hingga tiga lagi import asing untuk menambah kekuatan pasukan.
"Setakat ini, prestasi pemain tempatan memuaskan. Pemain import asing akan mampu menyaingi pasukan dalam saingan Liga Premier 2020," katanya.