Sekolah Islam pintu masuk ke Universiti Oxford, Abang Jo

KUCHING: Sekolah Islam antarabangsa yang pertama di Sarawak dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada 2023.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembinaan sekolah tersebut akan mengambil masa kira-kira dua tahun.

Menurutnya, sekolah tersebut akan menggunakan sistem pendidikan seperti di Madrasah Aljunied Al-Islamiah Singapura.

“Buat masa sekarang sekolah ini masih dalam pembinaan dan memakan masa 18 bulan untuk disiapkan.

“Operasi sepenuhnya sekolah ini dijangka akan bermula pada tahun 2023.

“Sekolah ini nanti akan menggunakan bahasa pengantar iaitu bahasa inggeris dan bahasa Arab sebagai medium pembelajaran,” katanya selepas 

Majlis Perasmian Kolokium Keagungan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak hari ini.

Terdahulu dalam ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa itu nanti sebagai batu loncatan untuk pelajar dihantar ke Universiti Oxford di United Kingdom (UK).

"Kita telah mempunyai tempat di Universiti Oxford dalam usaha melahirkan generasi berpengetahuan luas seiring dengan teknologi terkini," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel