“Service Sarawak” bantu penduduk luar bandar

MIRI: Kewujudan Pusat Perkhidmatan “Service Sarawak” memudahkan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar berurusan dengan jabatan atau agensi Kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haj Openg berkata, pusat ini menggunakan sistem bersepadu yang dihubungkan dengan semua jabatan dan agensi berkaitan dengan Kerajaan Sarawak.

“Di sinilah kita dapat menerima maklumat seperti bil utiliti (elektrik dan air) dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti Jabatan Tanah dan Survey yang menggunakan aplikasi LASIS dan apabila dapat menerima maklumat ini rakyat dapat membayarnya dalam satu masa iaitu menerusi Pusat Sehenti,” ketika merasmikan Pelancaran Service Sarawak di sini, Khamis.


Tambahnya, ini merupakan usaha ke arah digital ekonomi di mana semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri disatukan di bawah satu sistem dengan syarat ada kemudahan internet berkelajuan tinggi.

“Tadi saya melihat banyak perkhidmatan kerajaan boleh diakses menggunakan peranti yang ada disediakan di Pusat Service Sarawak ini,” katanya

Mengulas lanjut tentang usaha sama yang dilakukan Kerajaan Sarawak di kawasan luar bandar dan pedalaman, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sedang menaik taraf menara telekomunikasi supaya meningkatkan kelajuan internet di kawasan berkenaan.
LihatTutupKomentar
Cancel