Taktik judi kacang sudah basi

KUCHING: Taktik hanya menjual kacang dan air mineral untuk kaut untung menjalankan judi atas talian tidak menjadi.

Beberapa serbuan mendapati operasi mendapati premis beroperasi 24 jam ini tidak menjual barangan runcit .

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya menyerbu 706 premis di Kuching dan 624 premis di Padawan yang menjual tambah nilai bagi kegiatan perjudian dalam talian.

Katanya, dalam serbuan itu, seramai 1,600 individu telah ditahan bagi membantu siasatan dibawah Akta Rumah Judi Terbuka. 

Ramli menegaskan, dia sendiri turun padang dan melihat premis ini dibuka.

"Kami tidak akan berhenti di sini, Polis telah mengadakan kerjasama dengan Sarawak Energy untuk memotong bekalan eletrik premis yang terlibat berselindung di sebalik kedai runcit 24 jam untuk menjual tambah nilai bagi kegiatan perjudian dalam talian," katanya.
pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di IPK Sarawak semalam.
LihatTutupKomentar
Cancel