15 kes positif COVID
KUCHING: Sarawak merekodkan 15 kes baharu positif COVID19, menjadikan jumlah bilangan 110 kes keseluruhan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, kesemua kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Menurutnya, daripada 15 kes positif tersebut, sembilan kes adalah lelaki dan enam adalah perempuan.
"Pada hari ini, sebanyak 27 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 983 kes.
"Daripada jumlah itu, 841 kes adalah negatif dan 32 kes PUI masih menunggu
keputusan makmal," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, Sarawak telah merekodkan lima kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020.
Menurutnya, bagi mengukuhkan pengurusan di peringkat Bahagian dalam menangani COVID-19, jawatankuasa memutuskan untuk melantik beberapa wakil rakyat untuk mengetuai mesyuarat di Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat
Bahagian.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ingin memaklumkan
bahawa pintu masuk Sarawak-Brunei akan dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang berkuatkuasa pada 28 Mac.
"Sebelum ini (6.00 pagi hingga pukul 8.00 malam). Ini adalah selaras dengan masa penutupan olehJabatan Imigresen Negara Brunei," katanya.