Penjara sehari, denda RM6,000 langgar sekatan PKP
KINABATANGAN: Seorang lelaki mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman sehari penjara serta denda RM6,000 selepas didapati melanggar sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19) di Kilometer 131 jalan Sandakan- Lahad Datu.
Jika gagal membahar denda tertuduh Mohd Salleh Majid berusia 39 tahun boleh dipenjara 10 bulan.
Pertuduhan terhadap saspek telah dibuat di Mahkamah Sandakan dan telah dibacakan dihadapan Magistret Suhaila Selag oleh oleh DPP Lim Sze Chuen.
Mengikut kronologi kes kenderaan dipandu tertuduh telah ditahan oleh anggota polis yang sedang membuat Sekatan Jalan Raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19) di Kilometer 131 jalan Sandakan- Lahad Datu.
Pada 24 Mac lalu, kira-kira jam 9.45 pagi, tertuduh yang memandu kenderaan jenis Proton Exora berwarna kelabu bersama ahli keluarganya seramai empat orang iaitu isteri, dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Tertuduh memaklumkan hendak balik ke Semporna selepas melawat keluarga di Sandakan pada 17 Mac.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa tertuduh telah diarahkan berpatah balik ke Sandakan.
Lebih kurang dalam jarak 30 meter perjalanan menujuh ke Sandakan semula, kereta yang dipandu tertuduh telah membuat pusingan U untuk meneruskan perjalanan ke arah Lahad Datu dan melanggar sekatan jalan raya yang berada disitu dengan memandu laju.
Ekoran daripada kejadian tersebut, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan telah menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk menahan kenderaan tersebut kerana tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai polis yang sedang menjalankan tugas.
Saspek kemudian berjaya ditahan oleh polis dari IPD Lahad Datu.
Siasatan telah dijalankan keatas kejadian ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dibawah seksyen 26(2) Akta Polis 1967 / Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020).
Kes telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negera dan setuju untuk tuduh saspek dibawah seksyen 186 Kanun Keseksaan oleh Yang Arif Timbalan Pendakwaraya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Dzulbaharin Ismail yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau menasihatkan masyarakat setempat khususnya di Daerah Kinabatangan agar memathui Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia didalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Menurutnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan hal ini dan mana-mana orang yang ingkar atas PKP ini tindakan tegas akan diambil.