43 jalan tikus dipantau


KUCHING: Sebanyak 43 jalan tikus akan dipantau ketat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing, laluan tersebut akan dikawal oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika negara berhadapan krisis kesihatan.

Beliau berkata, tiga kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) d di Biawak di Lundu, Lubok Antu di Bahagian Sri Aman dan Entikong di Bahagian Serian akan dipantau semasa perintah kawalan pergerakan (MCO).

"Semasa Covid-19, pasukan uniform ini akan memantau pintu masuk sepanjang sempadan supaya tiada yang cuba memasuki laluan tersebut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan di Bangunan Baitulmakmur di sini semalam.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ingin memaklumkan bahawa pintu masuk Sarawak-Brunei akan dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang berkuatkuasa pada 28 Mac.

Menurutnya, sebelum ini ia dibuka dari jam 6.00 pagi hingga pukul 8.00 malam. 

"Ini adalah selaras dengan masa penutupan oleh Jabatan Imigresen Negara Brunei," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel