COVID-19: Lima warga Indonesia ingkar PKP ditahan

BAU: Hasrat lima warganegara Indonesia balik ke negara asal mereka tidak kesampaian setelah ditahan dalam sekatan jalan raya oleh pihak polis awal pagi tadi kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa ini.

Kelima-lima mereka yang menaiki kereta Perodua Kancil berusia 23 hingga 46 ditahan pada jam 5.05 pagi bertempat SJR KM 9 Jalan Bau/Kuching.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata,pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat lima warga Indonesia berada di dalam kenderaan tersebut.

"Mereka dalam perjalanan dari Kuching untuk balik ke Indonesia menerusi Jalan Serikin," katanya di sini hari ini.


Katanya, kesemua suspek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan semakan yang dilakukan kelima-lima mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,"ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawaaan tempat kejadian 2020) dan Akta 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
LihatTutupKomentar
Cancel