Boleh berniaga di tempat dibenarkan, DBKU
KUCHING- 27 MAC 2020 (Jumaat) : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
ingin mengesahkan bahawa DBKU tidak pernah mengeluarkan larangan
kepada penternak, petani dan nelayan untuk menjual hasil jualan mereka
asalkan di tempat yang dipersetujui oleh DBKU dari jam 7:00 pagi hingga jam
7:00 petang.
Walau bagaimanapun, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah kepada peniaga di tepi jalan dan di kaki lima termasuklah mereka yang menjual hasil laut.
Oleh yang demikian, DBKU meminta agar langkah-langkah wajar perlu diambil oleh pihak peniaga bagi membendung penularan wabak Covid-19 iaitu:-
i) Memakai topeng hidung dan mulut serta sarung tangan getah
ii) Menyediakan cecair pencuci tangan atau hand sanitizer, dan
iii) Mengamalkan penjarakan sosial atau social distancing.
Para peniaga juga hendaklah mengawal bilangan kemasukan pengunjung /
pembeli yang minima pada satu masa serta beratur dalam jarak sekurang-
kurangnya 1 meter di antara satu sama lain.