Beri alasan beli makanan empat kali sehari, Ismail Sabri


PUTRAJAYA , 29 Mac -- Keluar membeli makanan tetapi sehingga empat kali sehari adalah antara alasan tidak jujur yang diberikan rakyat Malaysia untuk keluar dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata alasan yang digunakan itu nyata tidak jujur dan berniat untuk menipu. 

"Ada bagi alasan beli makanan, tapi sampai empat kali sehari, sampai polis pun kenal muka mereka ini, nyata ia bukan alasan yang jujur," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kuasa khas menteri-menteri mengenai PKP di sini, hari ini. 

Beliau berkata, ada antara mereka yang diperiksa masih melepak di warung kopi dan lebih teruk melanggar sekatan PKP yang dijalankan. 

PKP untuk membendung penularan COVID-19 masuk hari ke-11 semalam menyaksikan 649 individu ditahan, meningkat sekali ganda dari hari sebelumnya. 
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel