Empat kes baharu positif COVID-19
KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan empat (4) kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes keseluruhan 91 kes sejak.
Kesemua kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (3) dan Hospital Bintulu (1).
Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, sebanyak 29 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak
908 kes.
"Daripada jumlah itu, 770 kes adalah negatif dan 47 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya.
Katanya, Sarawak telah merekodkan 5 kematian sejak kes pertama di
laporkan pada 17 Mac lalu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai menjual makanan haiwan peliharaan (Pet Shop ) atau Klinik Haiwan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang berkuatkuasa 26 Mac 2020.