SAMA sumbang minuman, makanan ringan kepada IPD Kuching
KUCHING:Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching menerima sumbangan berbentuk pakej minuman dan makanan ringan daripada Motorcycle Association (SAMA) hari ini.
Pihak SAMA diketuai Timbalan Presiden, Paul Jawa dan Timbalan Setiausaha, Syed Ismail Syed Hussein yang mewakili Datin Sri Elly Zalilah.
Sumbangan diterima Timbalan KPD Kuching, Superintendan Merbin Lisa, beberapa orang pegawai kanan dan APR IPD Kuching.
Merbin berkata, sumbangan itu akan diagih- agihkan kepada Team SJR dan Tugasan Frontliner IPD di dalam Ops COVID - 19.
"Pihak Pengurusan IPD Kuching mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan ingatan pihak penaja atas perkhidmatan PDRM didalam Ops yang sedang dijalankan ketika ini," katanya.