Rakyat Sarawak patuhi kawalan, Uggah


BAU: Kerajaan berpuas hati dengan kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, masyarakat harus kekalkan pematuhan PKP kerana ia adalah untuk kebaikan bersama.


"Rakyat Sarawak amat berjaga-jaga kerana ia bukan untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga dan masyarakat," katanya pada sidang media selepas Pemantauan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas Ladang dan Kilang Kelapa Sawit di Bau-Lundu.

Uggah berkata, mereka yang keluar untuk tempoh PKP selepas jam 7 malam perlu mematuhi peraturan.

"Bagi pembekal makanan, tidak perlu permit kerana pihak berkuasa akan akan memeriksa barang yang ada di dalam kenderaan mereka. Untuk kakitangan kerajaan dan swasta mereka perlu ada surat kebenaran daripada ketua dan majikan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel