Kerajaan Sarawak tolak karenah birokrasi

KUCHING: Kerajaan Sarawak menolak karenah birokrasi yang memberi masalah kepada pelaksanaan projek infrastruktur di seluruh negeri.

Sehubungan itu, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Perlabuhan (MIPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan terus bekerjasama mencari jalan menyelesaikan masalah birokrasi seperti ini

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, kerajaan akur banyak masalah yang dihadapi semasa menjalan tugas namun, ia bukan alasan untuk melengah-lengahkan kerja.

"Saya menyeru semua pegawai-pegawai di kementerian membantu saya dan Kerajaan Negeri untuk memastikan dana atau peruntukan kita digunakan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-138 Jabatan Kerja Raya Sarawak malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, integriti dan kejujuran dapat memastikan projek-projek infrastruktur dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dan dengan cara lebih efektif.
LihatTutupKomentar
Cancel