Upacara miring iringi pencarian Patrick
SRI AMAN:Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang hilang di ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, di sini, Rabu lalu, yang memasuki hari keempat hari ini turut melakukan upacara miring.
Upacara miring masyarakat Iban dilakukan penduduk rumah panjang memohon agar kanak-kanak malang itu dijumpai segera.
Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pencarian bermula jam 12 tengah jari itu dimulakan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan pencarian kepada anggota SAR dari pelbagai agensi dan orang kampung daripada ASP Tajem dari IPD Sri Aman.
"Operasi pencarian dibahagi kepada empat sektor, setiap sektor atau pasukan seramai 23 orang,"katanya di sini hari.
Katanya,sektor satu berjalan kaki menyusuri anak sungai dari hulu ke hilir di mana lokasi orang hilang,sektor dua membuat pencarian menyusuri anak sungai dari hilir ke hulu sungai ke lokasi orang hilang.
"Sektor ketiga dan keempat menumpukan pencarian ke sungai Katik,"ujarnya.
Dalam kejadian Rabu lalu mangsa, Patrick Igih Anak Mohd. Taufik
berusia 3 tahun 11 bulan, hilang ketika bersama bapa dan datuknya masuk ke dalam kawasan ladang sawit berkenaan.