Royal Brunei gantung penerbangan ke Bintulu

BRUNEI: Syarikat penerbangan Royal Brunei Airlines (RBA) hari ini mengambil keputusan menggantung  penerbangan ke Bintulu, Malaysia dan beberapa negara lain berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

RBA dalam laman webnya mengumumkan, penggantungan ke Bintulu berkuatkuasa 15 Mac.

Syarikat itu penerbangan ke Jeddah turut digantung sementara mulai 14 Mac hingga 21 April. 

Penggantungan ini berikutan dengan peraturan baharu General Authority of Civil Aviation (GACA) Saudi Arabia yang menggantung sementara ekmasukan jemaah umrah di Mekah dan melawat Masjid Nabawi di Madinah.

Syarikat penerbangan itu turut menggantung sementara penerbangan ke tanah besar China, Seoul dan mengurangkan penerbangan ke Hong Kong dan Taipei.

Keputusan itu diambil berikutan kemerosotan jumlah penumpang yang begitu ketara selain bimbang keselamatan orang awam.

RBA menambah, pihaknya akan menyediakan pilihan untuk penerbangan ke China dan Seoul melalui beberapa bandar dan rakan kongsi syarikat penerbangan.
LihatTutupKomentar
Cancel