Kuarantin di rumah mulai Isnin

KUCHING: Semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung / Sabah / Labuan akan di kuarantin selama 14 hari di rumah dan akan dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai rumah di mana mereka tiba (Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri) mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin yang telah disediakan.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, semua rakyat Sarawak yang balik dari Luar Negara akan di Kuarantin di Pusat Kuarantin yang telah disediakan di mana mereka tiba.

Menurutnya, semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara dan telah lengkap menjalani Kuarantin selama 14 hari di Semenanjung, mereka akan dikeluarkan arahan (Stay Home Notice) selama 14 hari. 

"Semua pergerakan antara daerah dalam Sarawak dengan menggunakan (darat / udara / sungai) hendaklah mendapatkan permit daripada pihak polis sebagai dokumen sokongan sebelum mereka membuat penempahan tiket (kapal terbang / bas / bot)," katanya.
LihatTutupKomentar

2 Komentar

  • Unknown April 18, 2020 at 10:23 PM
    jgn cari penyakit lah wahai pak menteri, nanti timul lagi kluster baru. walaupun sudah kuarintin di semenanjung jarak nya bukan 2_3 kilo meter. kasihani lah rakyat yg sekian lama patuh pada arahan pkp. kalau kerajaan sarawak tidak mahu dengar kata2 rakyat lebih baik kerajaan bubal saja PKP tu sekali.
  • Unknown April 20, 2020 at 9:24 PM
    Kalau kuarantin di rmh sendiri itu bukan nya nma kaurantin...sebelum buat keputusan baik fikir dulu...kalaulh di kuarantinkan di rmh sendiri macamana pula dgn keluarga org tersebut...fikir lh dgn logik
Cancel