Tiga pekebun bersama wanita Indonesia mabuk dicekup


BAU: Tiga pekebun dan tiga wanita warga Indonesia dicekup ingkar perintah Kawalan Pergerakan (PKP0 di sebuah rumah sewa di Jalan Jembusan Bau petang semalam.

Suspek ditahan ketika sedang berkumpul sambil minum minuman keras di hadapan sebuah rumah sewa tidak bernombor.
Mereka berusia 56 hingga 68 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 20 hingga 36 tahun.

Menututnya, ke semua suspek gagal mengemukakan alasan yang munasabah dan didapati ingkar arahan perintah kawalan pergerakan. 
"Semasa menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pegawai telah membuat snap check dan pemantaun bertempat di perkarangan sebuah rumah sewa tidak bernombor, Jalan Emas Jambusan Bau.

"Anggota menahan tiga lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia sedang berkumpul dan minum minum keras.
"Amaran telah dikeluarkan sebanyak tiga kali kepada mereka, kesemua mereka telah gagal memberikan alasan yang munasabah," katanya dalam satu kenyataan.

Mereka yang ditangkap dibawa ke balai Polis Bau atas kesalahan di Bawah Seksyen 186 KK dan Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan & Kawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan  jangkitan ) 2020 kerana telah melanggar perintah kawalan pergerakan.
LihatTutupKomentar
Cancel