Alex terjah Bandar Riyal

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berpuas hati dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) di Pasar Basah Bandar Riyal, di sini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, hasil pemeriksaan pihaknya golongan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan, keadaannya sangat bersih dengan penjarakan sosial diamalkan.

"Malah, ada golongan peniaga yang menjual ayam harga yang dihadkan RM 8.50 sekilogram dengan harga RM 7.80 sekilogram,"katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya dan Gawai di Pasar Basah Bandar Riyal hari ini.

Katanya, pihaknya juga tidak mengesan
kenaikan 35 harga barangan kawalan di Sarawak sejak Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dilaksanakan mulai 20 Mei hingga semalam.

"Penguatkuasa kita sentiasa bergerak bagi melakukan pemantauan harga barangan termasuk di kawasan yang jauh di luar bandar seperti di Bahagian Kapit,"ujarnya.

Katanya, kesemua peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan kementerian termasuk meletakkan tanda harga merah jambu bagi membezakan barangan kawalan dan menggunakan alat timbang yang ditentu sahkan.

"Kita telah melakukan pemeriksaan 17,496 premis di seluruh negara setakat semalam,"ujarnya.

Beliau berkata,sebanyak 22 aduan diterima dengan 48 premis yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dikompaun kerana dikesan menjual harga barangan melebihi harga maksimum dan tidak meletakkan tanda harga.
LihatTutupKomentar
Cancel