Bantuan Gawai untuk 90 Rumah Panjang
BETONG: Pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti pakej Bantuan Sarawakku Sayang(BKSS) dan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) memberi manfaat kepada penerima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bergantung kepada usaha individu penerima untuk merebut peluang yang ada.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu memberitahu selain pakej yang ada, bantuan bahan makanan juga boleh dijadikan modal bagi mereka yang berjaya merebut peluang.
"Dalam pada itu, kerajaan menerusi wakil rakyat setempat telah berusaha menyalurkan bantuan kepada setiap Ketua Isi Rumah(KIR) dalam kawasan masing-masing bagi menampung keperluan sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
"Langkah itu diteruskan dengan sumbangan bantuan Ramadan dan Raya kepada masyarakat Islam yang telah disalurkan.
"Kesinambungan daripada itu, sumbangan bantuan Gawai kepada masyarakat Dayak juga diberikan bermula 27 Mei turut memberi manfaat kepada 90 buah rumah panjang dan kira-kira 2,052 Ketua Isi Rumah(KIR) dari kalangan kaum Dayak dalam DUN Layar yang mencakupi 11,458 oang penduduk," ujarnya.