Bekalan Horlick kurang di Limbang

LIMBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Limbang mendapati bekalan Horlick musim perayaan terhad di Limbang.

Tinjauan ke atas beberapa premis perniagaan di bandar Limbang mendapati bekalan kurang.

KPDNHEP Limbang dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan didapati bekalan minuman Horlicks hanya terdapat di MK Mini Marke, Limbang dengan stok yang terhad berbanding bekalan ini tiada di premis Limbang Soon, Choon Cheon dan The Place. 

Menurutnya, pihak peruncit telah pun membuat tempahan baru tetapi pemborong Horlick, CK Distributor yang berpangkalan di Miri memaklumkan bahawa mereka kekurangan bekalan dan stok yang ada hanya untuk pasaran Miri sahaja. 

"Dari segi norma baharu dalam tempoh PKPB ini, peniaga mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, tiada pembelian panik di kalangan pengguna dan tiada aduan yang diterima sepanjang pemeriksaan dijalankan.
LihatTutupKomentar
Cancel